Saturday, April 30, 2011

Still Hoping


Ak harap,jejak kaki ak ke mana2 uni nanti,
xdak org perasan.
Jgn kacau ak,jgn peduli ak.
Utk hati ak,jgn terjatuh pd mana2 lelaki dah.
Jgn tersentuh oleh mana2 perkara remeh.
Biar semuanya bejalan dgn laju n lancar,
xdak tersekat-sekat.InsyaAllah.
Starting a new beginning.
Trying to make new changes.
Adapting to a new environment.
Leaving the past.
That's only my hope,o Allah.

Tuesday, April 26, 2011

Tolong,Jangan.

Jangan tanya ak ttg rasa hati,
sbb ak sendiri susah nk paham.
Jangan tanya ak ttg cinta,
sbb ak sendiri banyak lg x tahu.
Jangan tanya ak ttg dia sbb dia semakin menjauh.

Bunga bukan sekuntum,kumbang pun bukan seekor :)

Scandal is Fitnah!

Scandal just brings u near and nearer to fitnah.
Scandal is not the way of Muslims interacts with each another,
dude!
If u love someone,and it's not a proper time and place,
just keep it inside.
If u think it's likely to burst out,
do it with proper way, man.
It's not proper asking her/him for a date,for us as Muslims!
It's not proper touching her/his hand gently.
These limitations must be cleared.
If u do love her/him,nikah is only the answer.

Si Anak Tengah


Pecaya x,anak tengah mainkan peranan yg paling penting dlm famili?hehe.
Ak anak ke-4 dari 7 beradik.
2 abg,2 adik lelaki,1 kakak n 1 adik pmpuan.
Betoi2 tengah.
Sbg anak tengah,kadang2 perangai ak mengada2 cam adik pmpuan.
Tp dlm masa yg sama,kena jd matured dgn adik2 ak.haha!
Sbb tu kalau org teka ak,depa akan teka sulung atau bongsu.
Dalam usrah,selalu ak cerita pasai adik2,sbb tu Kak Ila penah tanya,
"anis anak sulung ea?"
Rasa bangga sbb ak nampak matang d mata Kak Ila.hehe.
Kat rumah plak,kalau keluar ngan mak ayah,ak sorang ja ikut.
2 adik llelaki ak,Adi n Amad selalunya xmau ikut.
Makcik pakcik pulak akan tanya,"yg ni yg bongsu ka?"
Dlm ati,"ak nampak mcm anak bongsu?
sikit punya matang camni bleh plak tanya camtu!"
Kadang2,ak rasa,ak sbg anak tengah ni bleh lukakan hati org ramai terlalu mudah,
w'pun ak x sedaq.
Kalau ak terlalu garang n tegas ngan adik2,
ak akan jd tegas jugak w'pun dgn mak ayah ak.
Senang cakap,macam semua org kena paham cara ak pulak.
Terlalu mudah utk ak jadi seorang yg pentingkan diri sendiri...

Monday, April 25, 2011

Languages

A dog was barking angrily to a lil' cat.The cat paused,feeling scared.Then,came his momma!She barked back
to the naughty dog!The dog ran away.After that,she said proudly to her lil' kid,"That's why we have to know others languages,my son!"

I love to learn many languages.
As I felt warm befriend with Chinese,I know Mandarin a lil' bit.
And I love to speak in Mandarin!
Anyhow,I dun know its writing.hehe.
Since I used to learn German for about 2 years,
I thought that I dun need to speak English fluently or writing a long
lovely essay anymore.
Because normally,a scientific person had a problem with languages, rite?
So do I.
But now,I've to struggle a lot in English!
I have to,for the sake of myself and it's not burden me so much anyway :)

Kita Sendiri?

Semua lelaki suka pmpuan baik,sopan.
Semua pmpuan suka lelaki yg rendah diri,respek org tua.
Semua lelaki suka pmpuan yg pandai jaga diri,pandai masak.
Semua pmpuan suka lelaki yg b'tanggungjawab,kerja hebat.
Semua lelaki suka pmpuan cun,comei.
Semua pmpuan suka lelaki hensem,jaga kebersihan.
Senang cakap,kita semua suka benda baik,positif kan?
Tapi,kita sendiri,dh cukup baik kah?
Dh cukup iman di dada?
Dh cukup mengenal Allah dan rasul-Nya?

Rumahtangga itu gedung pahala.Jgn pulak dsebabkan
kejahilan diri sendiri,jd gedung dosa!

Sunday, April 24, 2011

Kawen lagi.

Ak dh byk kali kena brainwash pasai kawen.
Bukan ak kata x mau kawen tp beratla bagi ak
kawen nih.
Ak tanya Kak Ila."Akak,camna kalau lelaki tu x sesoleh
yg kita nk?"
Padahal kalau ak tgk lelaki baik,ak rasa ak x layak pun.
Kak Ila."Anis,mmg kadang2 Allah x bagi apa yg kita nak.
Tp Dia tau,itu yg terbaik utk kita.Kalau suami x soleh mana,
mungkin macam tu Anis lg dekat dgn Allah.Xla sampai taksub 
sgt dgn suami nanti.Akak pun penah rasa camtu.Kenapa dia camni?
X camtu?Tp lama2,akak dpt terima :)"
Ak,"Tp akak,x nampak ada calon lg.hehe."
Kak Ila,"Kalau Anis dh ikhlas nk kawen,Allah akan tunjukkan!"
Wussyhh! Serius ak asyik teringat ja Kak Ila sound ni.
Rasa keliru macam apa lagi!
Setiap peluang drasakan tipis,
Setiap ramalan drasakan mendung,
Setiap musim terasa bagai tengkujuh.
Semalam kena lg brainwash pasai kawen dgn Kak Mazwin.
Ak tanya,"camna kalau kita nak abaikan dulu pikir pasai kawen
dgn alasan,nk tuntut ilmu agama byk2 dulu?"
Bukan apa,sbb kwn2 pmpuan ak yg sebaya dh asyik kata nk kawen.
Padahal baru 2o weh!
Lagipun, Kak Salwa,yg baru tahun ni kawen n kerja sbg lecturer
sendiri kata,dia cam dh x sempat nk baca buku.Selalu dia baca x abeh.
Kak Mazwin kata,"Kalau pikir sbb tanggungjawab utk berdakwah,
kawen kan lg senang nk berdakwah? Ajaq anak2,suami pun dpt bimbing."
Panjang betoi tazkirah pasai kawen.
Yalah,perkahwinan tu sebenanya gedung pahala.
Ak dh insaf kot.hehe.



Saturday, April 23, 2011

Anak2 Murid;p

Tanggungjawab semakin hari semakin betambah.
Anak murid pun dh betambah,6 org sekarang.
Mula2,ak takut nk ajaq ramai2 sbb takut depa mengada-ngada.
Sebenanya ok ja.
Boleh ak tambah peraturan.hehe.
Masa ak solat Maghrib,dh ada yg panggil.
Nina,"Assalamualaikum!Kak Aniiiiiissss 9x!"
Faris,"Sabaqla.Mesti Kak Anis tgh solat tu!"
Lepaih bukak pintu,berebut nk baca dulu.
Yg x bleh blah,yg dok belakang sekali,Husaini.
"Mampoihla ak.Nk balik camna?Kak,hg tunggu ak tau?!"
Kakak Husaini,Nina.
Muka dh macam nk nangeh pdahal rumah selang 2 buah
ja dari rumah ak.haha!

Friday, April 22, 2011

The Flower n The Butterfly


A man asks Allah to grant him a flower with a butterfly.
Instead,Allah give him a cactus with a caterpillar!
He doubted,why?!
Why could You give me these?
Dear Allah,give me strength and patience to face with these thorns
and an ugly creature...
After a period of times,there're flowers coming from the thorns!
And the caterpillar changes to a lovely butterfly!
Subhan Allah.


He puts up his hand with rolling tears and says,
"My dear Allah,You always doing things right..."




Inilah hidup

Minggu depan,ari Khamis ada interviu utk masuk UTP.
2 miggu lepas ujian bertulis utk masuk USM.
Ak bagitau Kak Liza,dia kata,"oo,susah jugak ea nk masuk?"
Yala akak,lagi susah,lagi thrill.
Ak rasa,interviu utk uni local ni x susah mana pun.InsyaAllah.
Pihak sana nk tgk ja kita ni org yg macam mana.
Lagipun,belajaq mana2 pun susah,bak kata Zahir.
Ada cabarannya.
X kirala kt Tasmania ka,Wellington ka,Bayern ka,
Taman Arked pun,mesti ada susahnya.
Kalau asyik nk mengadu susah,baik jadi bisu.haha!

The road which seems no challenges neither adventures, perhaps brings u nowhere. 

Wednesday, April 20, 2011

Mimpi Misteri


Ak ni mmg suka naik bumbung sorang2 w'pun tanpa abg2.
Masa kecik2 dulula,skang dh insaf.hehe.
Beranila konon.
Lagi ak rasa bangga kalau tgh main rounders,bola kami pukul sampai naik bumbung pastu ak bejaya ambik!hehe.
Nak ja bagitau satu Taman Arked yg ak satu2nya budak pmpuan yg terer panjat bumbung;p
Tp mak ak sgt risau,dia kata x elok.
Takut terkacau tpt makhluk Allah selain manusia.
Dh mmg ak ketegaq,takut pun naik jugak.

Satu malam,ak mimpi pelik.
Smpai skang ak ingat dgn jelas.
Dlm mimpi tu,ak dok lepak atas bumbung sorang2.
Tiba2 ada makhluk yg kurus kering sampai nampak jelas tulang n urat saraf dia.
Kulit dia warna merah terang,mcm kena bakaq.
Ak sembang baik punya dgn dia.
Ak tanya dia,suka makan apa?
Dia kata,suka makan asap.
Then ak tau,dia ni mesti jin@syaitan.huhu.
Ak tanya lg,bawah pokok mangga ak ada benda x?
Sbb pokok ni lebat,ada jiran ak dok nampak benda kt sini.
Dia kata ada,nama Lembayung.
Ak nk tanya lg,dia dh blah.
Sejak tu ak dh takut gila nk naik  bumbung tp naik jugakla,sekali-sekala.hehe.

Lg satu mimpi misteri punya!
Dekat ngan belakang umah ak ada tangki air,besaqla.Utk satu taman.
Tangki ni bocoq.So air yg mengalir kt longkang mmg bersih gila ar.
Longkang pulak besaq,cam ayaq terjun mini dh ak tgk.hehe.
Ak, adik2 n kawan2 suka sungguh mandi sini.
Tp bawah pengawasan org dewasa.
Abg ak atau jiran2 yg lebih tua.
Tp setiap kali mandi,ak akan rasa x selesa.
Takut ada ulaq atau benda tu.hihi.
Sekali tu ak mimpi,ak lepak situ.
Bukan sorang2 tapi dgn sorang nenek.
Nenek ni baik gila ngan ak.
Sembang macam2.
Ak tanya dia umoq bpa,dia kata 45o tahun x silap ak.
Dia kata,mmg makhluk sebangsa dia umoq panjang,beratus2 tahun.
Ak senyum saja dlm mimpi tu.
Pastu ak mintak izin nk balik tp dia suruh rilek dulu,jumpa ngan sedara dia yg lain.
Tp ak kata nk balik jugak,dia pun x halang dh.

Bila pikir balik sekarang,mmg kita org Islam wajib pecaya pun jin@syaitan.
Tp jgn taksub!
Lgpun,ak ada baca buku ttg makhluk ni,mmg bertepatan dgn maklumat dlm mimpi ak nih.
Camna pun,ak rasa,drpd ingat n takut kat jin@syaitan,baik ingat kt malaikat.
Lagi baguih!
Malaikat kan ada.
Allah hantaq utk jaga kita.
Allah pun mmg sentiasa ada dgn kita,terpulang kt kita nk ingat Allah atau x ja.

Monday, April 18, 2011

Tolong ak

Kadang2,ak x tau,x sedar,
seseorang tgh terluka,sebab ak.
Ak buat2 hepi gumbira,macam x berlaku apa2.
Tp,mungkin ada org tgh saket sbb ak.
Sbb kesilapan ak,yg dh terlambat utk dperbetul.
Kesilapan yg dh xdak ruang utk dperbaiki.
Cuma,cari pengajaran d sebaliknya.
Tolong,bagitau ak kalau ak tersilap.
Tolong,bagitau ak yg hg rasa saket sbb ak yg bangang.
Tolong ak...
jgn sampai ak benci diri sendiri.

Life

Life is like a book.
Contain many chapters,hundreds of topics n subtopics
and countless parts.
Ther're parts u've to forget.
Ther're parts u've  to stop thinking n writing about.
Ther're parts which are  unnecessary.
Ther're also parts u deadly want to cut away but u can't.

We're the pencils of God's hand whose writing a love letter to this world-Teressa

Pak Lah n Ya


Semalam dua anak murid ak ni cuti,tanpa mc.
Hafizullah a.k.a Pak Lah.
Nadzirah a.k.a Ya.
Ak tanyala napa?
Sbb tertidoq dalam kereta,jalan jauh katanya.
Sorang hantaq kakak,sorang balik kampung.
Tgh dok syok ak mengajaq,Pak Lah mintak air.
Ak pun ambikla air masak.
Depa kata,"em,air masak ja.huhu."
Sbb semalam dulu ak bagi air koko panas,Ya kata x sedap.
Ari ni bagi air masak jala.hehe.
Tp Pak Lah kata sedap air koko tu.huhu.
Sebenanya koko kt rumah ak pun dh abeh.
Tengah bulanler katakan.haha.
Ari ni dua2 nampak letih n ngantuk sungguh.
Sbb depa ada class KAFA ari Ahad,Isnin n Selasa,
sampai petang plak tuh.
Nak buat homwork lagila,Ya kata.
Nak tegelak ak tadi sbb Pak Lah mmg baca ikut sedap mulut dia ja,
x fokus langsung.
Kesian tu kesian tp serius lawak mengajaq budak dua org nih!

Ini Ya,candid.Sbb dia x mau ak ambik gambaq dia.haha!


Ini Pak Lah.Malu la konon.haha!



Panjat Bukit


Kecik2 masa umoq 5-6 abg2 ak dh ajaq ak panjat bukit,
nk lastik burung.
Ak ikut sajala,mak ak pun x kesah sbb 2 org abg ni pandai
jaga adik pmpuan yg gedik cam ak nih.hehe.
Pastu mulala ak nk memanjat macam2,on my own.
Panjat pokokla,bumbungla.huhu.
Kat pintu belakang aspuri MRSM Alor Gajah,ada bukit yg x nampak bahaya.
Sekeliling kawasan ni xdak semak-samun,jd ak xrasa ada byk ular.
Kalau bangun pagi lambat masa form 4-5 dulu mmg ak redah 
pintu belakangla sbb nk elak kena ambik nama.haha!
Sekali roomate ak kata,kawasan tu keras sikit,ak dh teguk air liur.
Takut jugak tp x serik.hehe.
Ak sebenanya sgt anti morning roll call.
Apala salahnya cancel saja roll call n 
bagi budak2 yg x cukup tidoq sambung tidoq sat??
Byk kali ak ponteng morning roll call ni,tp ada 3 kali saja kantoi.
2 kali kantoi dgn ketua warden,Cikgu Ameruddin.
Dia cakap,"kalau kali ke-3 saya jumpa kamu lg,siapla!"
Ak speechless.Dan sengih sajala.
Yg x bleh blah, kantoi dgn pengetua.
Time ak nyenyak kt aspuri,ckg Add Math ak masuk n tanya kwn2 ak,mana Anis?
Kwn2 rapat ak mmg paham dh prangai ak nih,depa cakap jala,"dia tido kt aspuri."
Ckg ak terkedu,tiba2 pengetua mai nk cek attendance.
X penah2 dia cek sendiri,tiba2 ja!
Ak pun maila kelas dgn tali kasut x ikat,
terserempak dgn Ckg Amer yg otw nk cari ak!
Sampai2 class,pengetua dh xdak,lega ak!hehe.
Pastu mai pulak warden aspuri nk tgk ak.
Nasib baik x kena sound,dia nk pastikan ak ada ja dlm class.hehe.
Ckg Add Math,Pn.Rafidah geleng saja kepala,
xtau nk cakap apa dengan budak cam ak nih.
Sebenanya ada lagi satu kantoi,ada sekali tu,ak tgh panjat bukit,
nampak kereta ckg Amer.
Dlm hati ak dh redha,nak kena piap pun terima jala.
Mmg ak yg salah pun.
Makin dekat,ak berdiri tepi tu dgn tercungap2.
Ckg Amer nampak ak,dia senyum ja.
X behenti keta pun.
Dia blah dgn senyuman!
Sampai sekarang ak pelik,napa ckg x behenti keta n marah ak?




Nampak baik ja kan muka budak yg depan tu?

Sunday, April 17, 2011

Cintan Lagi.

Ak jumpa Najat,kwn baik ak semalam.
Najat ni mcm soul-sister ak kot.
X penah lg ak jumpa kwn pmpuan yg ak rasa kamceng
gila selain Najat n Shahira.
Semalam x sempat jumpa Shahira,dia baru balik dari UIA.
Tiba2 sembang pasai masalah cintan,mode jiwang.
Ak,"rasa cam bangang kan cerita pasai masalah cintan?"
Najat,"Memang pun.Padahal byk lagi benda penting kita
kena pikir!"
Serius banyak lagi.
Famili yg selama ni susah senang dgn kita,
kwn2 yg mmg selalu dgn kita,study lagi ha.
Napa mai kat topik cintan ni,macam semua org kena hadapi
dgn penuh masalah?



Ni kat KMS yg permai.haha.Serius ak suka KMS,
rasa cam kat maktab.


Future

It seems so far away.
I wonder is it a brightness or darkness?
Is it happiness,luckiness or just a fake promise?
Move on Izzati.
Step into the future.
Bloom where u're planted.
Remember,
Allah the All-knowing.

Saturday, April 16, 2011

Money,money!


Is money really important?
Yeah,money can buy anything but not everything is bought by money.
Is money can bring us happiness?
Money can bring it but could grab it in a blink of the eyes dude!
There're greediness,evil n grudge in a single cent of money.
Syaitans have prepared many traps just using money…
Sleeping proudly with bucks of money
Saving money with  your life
Craving for money along the journey
The world is in ur hand anyway...
Just by forgetting Akhirat!

Thursday, April 14, 2011

Rokok


Ak ni bukanla sorang ppmpuan yg benci rokok 200%.
100% saja kebencian ak terhadap rokok.haha.
Ayah ak perokok tegar.
Ada parut kat bagian atas pipi kiri ak,kena api rokok ayah ak masa kecik2 dulu.
Dulu,ak ingat,bau rokok tu mmg bau badan lelaki.
Dh besaq baru ak tau,bau lelaki perokok rupanya.huhu.
Masa ak dpt tau abg2 kesayangan ak merokok,perggh…rasa kecewa sungguh!
Abg first,Mat Ni dh behenti kot skang,Alhamdulillah.
Abg 2nd,Ong,pun semakin kurang.
Ak kagum dgn lelaki yg berusaha nk behenti rokok.
Ipe,senior ak,dengaq kata berusaha keras nk behenti.
Skarang xtau apa cerita,lama x contact.
Wani pun dh berazam nk behenti.
Dulu dia kata xdak niat langsung nk behenti.haha.
Kalau ym dgn dia mest ak tanya pasai smoking habit dia.
Bukan nk menyibuk tp mmg ak dh mcm adik pmpuan dia
yg bleh berleter utk kebaikan dia pun.hehe.
Syah,Bos, und Zahir xtaula apa cerita skang.huhu.
Sebenanya,umat Islam sekarang sgt perlukan ramai pemimpin
berjiwa besar yg panjang umur!
Paham maksud ak?

Cuba pandang ini sbg najis,mesti boleh!

Malam Jumaat


Malam ni mlm Jumaat.
Hujan turun dgn penuh rahmat,Alhamdulillah:)
Malam ni jugak ak start mengajaq budak2 mengaji.
Petang tadi,ak keluar dgn mak,tiba2 ada jiran,
Cik Zah tanya mak ak,bleh x ajaq anak dia,umoq 7 tahun mengaji?
Mak ak xmau sgt sbb dia kata dh lama x mengajaq,takut tersilap.
Dhla sekarang ni kita pakai sistem Iqra',mak ak x reti.huhu.
Sbb ak ni penganggur bertauliah,ak pun offerla diri.
Lupa pulak nak tanya,bila kena start.
Tup2…ada 3 org budak comei bagi salam.
Wussyhh,ini kes ustazah express!haha.
Ak pun ngajaq jugakla w'pun x bersedia.


Mamat Hensem yg Poyo

Serius,ak x paham dgn mamat hemsem.
Maybe lg tepat,mamat perasan hemsem.
Ari tu ak kena balik GMI sbb ada program usrah.
The last one with them.
Kalau x pi,takut dh xdak peluang kumpul dgn semua.
Selalunya ak turun kat Stadium Bukit Jalil,
tp ari tu kena turun kat Duta.
Ak nampak ada bas nak ke Pudu,ak cpt2 pi kat bas tu.
Yg duduk depan sekali, mamat hensem plus jambu.
Ak tanyala dia,"Bas ni nak ke mana?Turun dekat St.Bukit Jalil x?"
Dia diam saja,pandang ak pelik.
Macam ak ni alien.
Kawan sebelah dia yg x hensem jugak tolong jawabkan.
"Eh x kot.Bas ni ke Pudu."
Ak taula ke Pudu."Turun ke St. Bukit Jalil x?"
Kawan dia kata,"X kot."
Xpala ak ingat,baik ak pi solat Asar dulu.
Balik2,bas tu dh blah,ak naik bas seterusnya.
Bas ke destinasi yg sama sebenanya.
Nasib baik jugak ak x naik bas tuh,nanti ak ngamuk plak
kat mamat hensem yg x jawab ak tuh! haha!

Hensemkah ini? Poyo adala.haha.
(melawak saja der,jgn saman ak! Decorative purpose.)

20 Tahun

Ak ni dh nk dekat 20 tahun idup.
Kalau Allah jemput ak mengadap Dia sekarang,
macam mana yer?
Kalau nk cakap pasai sakit kena cabut nyawa,
mmgla ak takut.
Tp itu lain cerita.
Ak lg takut sbb ak belum jadi anak yg taat.
Adik yg baik gila.
Kakak yg lemah lembut.haha.
Tambah lg dgn dosa usha mamat hensem.
Jeles kat awek2 cun yg muslimah.
Melagha dlm pengurusan masa.
Salahguna bahasa Melayu jd bahasa gangster lagi ha!kuang3...
Amalan yg mana ak nk bawak jumpa Allah?
Ak sendiri xtau n keliru yg mana satu ak buat dgn ikhlas.
Solat atau puasa?
Sedekah pun jarang sangat.
Kalau Allah tanya,"Apa usaha ak utk menyatukan umat Islam?"
Lagila ak terkedu...

Wednesday, April 13, 2011

Jahil

Kalau ada kereta accident,lu rasa,sapa salah?
Kereta tu atau pemandu yg dh lama x hantaq keta utk servis?
Kalau ada buah berulat,lu nk marah sapa?
Penjual buah,penanam buah atau Pencipta buah?
Kalau jumpa anak kurang ajaq,lu pikir salah sapa?
Salah anak sendiri,ibu mengandung atau ayah yg menyebabkan
ibu mengandung?Atau Pencipta ibu dan ayah?
Kalau lu rasa panas,lu rasa bengang kat sapa?
Dunia yg global warming atau lu sendiri yg guna elektrik
secara berlebihan?
Kalau duit biasiswa lu abeh,lu salahkan sapa?
MARA yg semakin sengkek atau lu yg x pandai pegang duit?
Kalau ada org Islam buat dosa,
lu rasa,Islam x sempurna?
Jgn salahkan benda sekeliling atau org lain kalau lu sendiri jahil.

Hijau Kuning

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri.

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah.

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku.


My World on Those Days

To be hurt, to feel lost, 
to be left out in the dark.
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
When no one's there to save you
No you don't know what it's like.



This song keep playing in my mind during
studying for my A2 exam.
The pressures keep pressing me.
Repeat papers,lecturers that keep blaming on me...
People surrounded like dun understand me anymore.
Walking in crowd while mumbling this and that formulas,
Trying to smile but the tears kept rolling down,
are not easy for a girl like me.
I felt like dun want to care bout that world!
Just leave them all!
But the truth,there's many things I've learned.







Tuesday, April 12, 2011

Telepati


Ak rasa telepati mmg wujud dalam dunia ni.
Kalau ak rindu mak ak,ak kolla dia.
Dia mesti kata,"ha.mak pun baru teringat kat hg!"
Kalau kaki ak luka sbb jatuh motor,ayah mesti dpt agak w'pun ak takut nk gitau dia.
Abg2 ak yg paling x bleh blah.
Kalau ak msj depa selalu sgt,mesti tanya,"duit cukup x ni? Makan apa tadi?"
Padahal duit MARA dh cukup sgt utk ak makan.
Siap bleh menabung lagi.haha.
Baru2 ni ak dpt tau kakak ak ada pak we Arab.
Ak  n mak risaula jugak sbb takut Arab Syiah plak nanti.
Baru semalam ak dpt tau dia dh clash!haha.
Lega hati ak.Alhamdulillah.
Tp kalau dpt anak sedara kacukan Arab mesti comei gila kan?heee;p
Dalam buku Membina Imaginasi Cemerlang yg HM Tuah tulis,dia ada sebut,
"kalau kita merindui seseorang dgn hati yg ikhlas (tanpa pengaruh nafsu) 
mesti org tu pun akan ingat kita.
Yalah,kalau saling mengingati kerana Allah,
mestila terpantul balik kan?hehe.

Cari n bacala buku ni,sedap!

Adik yg Tua

Lagi pasai Amad.
Tau x,kalau ak telefon rumah masa ak dok asrama dulu,
soalan pertama dia kt ak,"Kak Neh,hg tinggi x lg?Hg besaq dh?"
Sungguh nyampah sbb sejak form 2,tinggi ak dh x naik.
Bila ak makan Calciyum,3 org adik ak yg mmg dh jauh lg tinggi dari
ak nih,akan gelak sesama depa.
Pergghh! Sakit ati gila ada adik2 yg lebih tinggi.
Adi dh 100% macam abg ak.
Ina kurus kering tp lg tinggi dari ak.
Pandai pulak buat muka matang.
Org akan tanya dgn x percaya,"Ini adik pmpuan hg??"
Yalah,xkan nenek ak plak.
Mmg dia sorang ja adik pmpuan yg ak ada dlm dunia ni.
Amad tu,makan potato spring pun nk berebut dgn ak.
Dh kata ak pendek,kecik,apa salahnya ak makan lebih?hehe.
Tp,sbb ak paling kecik dlm keluarga,ayah ak selalu sebelahkan ak.hehe.
Masa kecik2 dulu,ayah ak akan kupaskan buah bg kt ak kalau ak
merajuk kena buli ngan kakak n abg2.
Kalau ak nangeh atau mengamuk,dia org yg paling first tegur n pujuk.

BI

Ak kena practice byk utk BI ak.
Dh berterabur cam cipan lg bila baca balek BI ak.
Dua tahun tinggal baii,dh berhabuk!
Nak harapkan SPM,GCE O Level,x payah!
Itu cerita lama.
Maybe masa form 5 BI ak agak ok,tp skarang???
Bukan setakat kt takuk yg lama,dh menurun pun!
Macam mana ni?
Ak rasa gelabah.
Dh lama x baca novel BI.
Cakap sepatah pun jgn haraplerr...
Sedih ya Allah!
Nasib baik uni yg ak apply x perlukan MUET.

Ak Kakak yg Jahat


Kalau nk dengaq pendapat ttg ak yg pasai negatif,tanyala Amad.
Adik bongsu ak.
Bagi dia,ak ni kakak harimau.
Dia kata,masa ak marah mmg sebijik macam harimau mengaum!
Sekali tu,ak marah dia sbb pakai seluaq ak,tgk2 ak pun pakai seluaq dia.hehe.
Dh sama saiz ngan adik bongsu,main rembat jala seluaq dia.haha.
Masa mula2 ak belajaq masak,diala org pertama yg bagi kritikan membina.
Tp yg herannya,bila ramai org dh puji ak pandai masak,dia x kata apa2 plak.
Makan byk2 tp pujian ikhlas langsung x keluaq dari mulut dia.huh!
Kes bawak motor plak.
Kalau dia bawak,ak nk naik,dia akan hilang imbangan.
Dia kata ak berat sgt,abg 2nd ak naik Amad x rasa apa2 pun.
Lepaih tu bising2 kata ak gemuk pendek.
Padahal Amad tu yg sekeping mcm papan!
Yalah, Ong tu kaki punya panjang,mestila dia bleh tahan dgn kaki sendiri.
Kaki ak plak sama panjang dgn tgn Ong!
Dpt markah teruk dlm exam,ak x bagila guna broadband.
Pastu merajuk,muka mcm nk nangeh!

Memories

Sometimes I feel like idiot because keep living in memories.
Memories that no one remember except me.
Sometimes those memories weakened me.
Makes my steps numb,not going anywhere.
The memories stuck me!
My future seems so blur,darkened by those  memories.
But actually,there's a time where those memories cheered me up.
Giving me a smile in loneliness.
Makes me stronger to go further.
Makes me love and know myself better.
Allah, the Almighty God gives them,just accept!
Memory is history.
Keep it well in ur inbox.

Dun resent me...
And went u're feeling empty
Keep me in ur memory
Leave out all the rest.
Forgetting all the hurt inside
U've learned to hide so well
Pretending someone else can come
and save me from myself,
I can't be who u're!

Mencabar Sungguh!

Masa Form 2 seingat ak,ak dgn kwn2 teringin nk
travel sendiri.
Plan punya plan,ak,Najat,Fauziah n Syuhana jadi pi.
Mula2,kami balik kampung Fauziah,kat Pendang kot.
Tunggu bas punyala lama.Tension sungguh.
Dh sampai rumah nenek dia,kami rilek2 dulu.
Dh lama rilek,perut lapaq plak.
Rupa2nya kami kena setel makan sendiri sbb mak
sedara Fauziah ni keja syif malam,so x larat nk masak.
Kami kira duit utk beli brg2 dapur,ak bagi paling sikit.
Siap berhutang dgn Najat lg sbb nk beli ais krim.haha!
Kami beli maggi,telur, n sayur sikit.
Tu ja yg mampu.huhu.
Bolehla buat isi perut sbb esoknya plan kami nk blah dah.
Nak pi kampung Syuhana.
Naik bas jugak pi kmpung Syuhana nih.
Syuhana plak x berapa ingat nk turun kat mana.
Sbb takut terlepas,kami tekan saja loceng.hehe.
Rupa2nya,jauh lagi baaii!
Lebih kurang 10 km lagi kot.
Ak dh gelabah sakan sbb hari dh nk senja.
Jalan punya jalan,hujan turun.
Hari makin gelap.
Sampai kt rumah sorang mak cik ni,ingat nk mintak tolong
bawakkan sbb dia ada kereta.
Sembang punya sembang,dia x offer pun nk hantaq kami
4 org anak dara ni.
Lepas tu,kami panggil mak cik tu,Mak Cik X Faham.
Sbb dia buat2 x paham masalah kami!haha.
Syuhana pun kol pak cik dia.
Kami jumpa surau kosong.
Kami tunggu depan surau tu.
Sambil tu jeling2 dlm surau tu,seram!
Xdak org langsung,surau terbiaq kot.
Kat tgn ak pegang batu besaq,takut2 ada lelaki jahat.haha.
Lama sungguh kami tunggu dgn penuh debaran.
Last2 Alhamdulillah,sampai jugak pak cik Syuhana.
Kami berehat sungguh2 kat rumah pak cik n mak cik dia.
Makanan no prob,depa masakkan.
Ada satu lagi masalah baru.
Syuhana x layan kami,dia sebok main dgn sepupu dia.
Malam sebelum tidoq,
ak,Najat n Fauziah berkongsi perasaan sedih sbb x dilayan.huhu.
Tgk2 Syuhana berdehem.Dia x tidoq lg!
KANTOII mengumpat!
Ak ada dengaq dia teresak-esak nangeh.
Rasa bersalah sungguh,sedihnya hati.huhu.
Tapi last2,kawan macam biasa balik.hehe.
Dia tau kot yg dia pun bersalah.
Esoknya,kami balik dgn selamat.hihi.
Bertambah pengalaman hidup ak.haha.
Alhamdulillah.

Depan sekali tu Najat.Yg lain ak xdak gambaq.haha.

Monday, April 11, 2011

Islam itu Fitrah

Islam bukan setakat agama,kepercayaan.
Islam itu cara hidup secara keseluruhan.
Sbb tu nk minum,makan,berkeluarga dan 
w'pun masuk ke tandas Islam mengajar caranya.
Allah haramkan arak,tp Allah x halang kita minum teh.
Allah halang kita mendekati zina,tp Dia x halang kita bertunang.
Allah siap galakkan n bagi pahala lg kalau berkahwin.
Allah larang membuka aurat utk yg bukan muhrim 
tp Dia x halang tunjuk pada suami.
Islam itu fitrah,keinginan semua manusia.
Cuma manusia yg terlalu bongkak utk mengaku.
Pakai tudung menafikan hak wanita?
Padahal,wanita berhak melindungi diri sendiri dgn bertudung.
Solat 5 waktu remeh?
Padahal Islam mengajr tepati waktu,jga kesihatan n 
sikap merendah diri pd Pencipta.
Buatlah kajian byk2 ttg Islam,Al Quran, x rugi pun...

Islam akan bersinar kembali.

Zaman Dolu2



Ni video time Form 3.
Muka semua hepi saja.haha.
Ahli geng ni semua 8 org.
Ak n Najat.
Edina a.k.a Atan dgn Ila.
Siti n Aini.
Lini n Qilah.

Ego + Poyo

Ak susah nk nangeh depan org ramai.
Ntahla sbb ego ka apa.
Kwn ak kata,lelaki lemah tgk air mata pmpuan.
Sebab ego lebih sikit dgn lelaki kot.huhu.
Kdg2,nk biar ja kalau org kata ak xdak perasaan.
Tapi,makin biar,makin sakit.
Ntahla.
Yg pasti,ak tau Allah sentiasa mengira butiran air mata ak.
Biaq Dia saja tahu.
Aman hidup.

Sunday, April 10, 2011

Hati yg Mati

Dlm cerita Expandable,hero2 dia kuat betoi.
Badan besaq,gagah,terer main senjata n boleh bawak
heli sendiri.
Duit xyah cakapla,penuh satu rumah kot.haha.
Tapi ada part sedih jugak.
Salah sorang cakap,
"we are dead,man.Inside,we are dead!"
Huisyhh,berbisa!
Ada jugak org x kisah mati sebelum ajal...
Ada jugak org yg x kisah kalau hati dh mati rupanya.
Kalau suara hati yg suarakan kebenaran dbuat x endah,
kita akan ikut kata nafsu.
Semakin diikut,akan jadi hamba nafsu.
Hati pun semakin nazak.
Lama2,matila hati!
Di akhirat sana,barula hati itu hidup semula.
Seperti kata seorang sahabat,
"Kebanyakan manusia itu mati.Di hari kebangkitan barulah
semuanya akan hidup."

Underground


Kami budak bawah tanah,diam2 ubi berisi.
X perlu tongkat utk naik ke bumi…
Ni antara lirik lagu budak indie,tajuk apa n band mana ak x ingat.
Serius,band indie buat ak rasa kagum.
Depa ni kreatif sungguh.
Bukan jenis yg terus nk populariti.
Sixth sense tu band indiela.
Hujan,So Faz und so weiter(dan sebagainya).
Lagu2 dlm band indie byk ttg semangat pejuangan,
nasib anak bangsa n agama.
Ada jugakla pasai cintan.
Tu pun ckp pasai batas2 dlm bercintan,macam Lagu Ana Rafali,
Bila Berpacaran.
Tp,satu ja persoalan ak.
Napa dlm kebanyakan band indie,gitarist yg palling hensem?haha!

Ada gaya gitarist sejati x?hehe.



Rupa luaran


Ak penah tanya Jie Ren pasai rupa,luaran.
"kamu rasa luaran sgt penting ka?"
Jie Ren kata,"Penting.Cuba kamu fikir,
kalau ada org minta kerja dari kamu tp rupa dia sgt hodoh,kamu nk ambil?"
Ak kata,"kalau sgt pelik tu takut jugak.x kot."haha.
Tp ak x pernah tgk org sgt hodoh,setiap org ada cantiknya,
mungkin x lawa di mata kita saja.
Lain cerita pulak dgn pak cik Mahathir,owner kedai makan yg ak kerja ari tu.
Dia cerita pasai anak sedara dia,engineer.
Kerja kt kilang di Kulim,gaji lebih kurang RM11 000.
Dia kata,anak sedara dia ni sgt baik,walaupun engineer,
dia selalu buat kerja berat dgn pekerja bawahan.
Mmg rajin sungguhla.
Tp dia kata,rupa x seberapala.
Gelap,comot sikit.haha.
Tp sgt hormat org tua.
Pendapat ak?Ntahla.
Dalaman kena jaga,luaran pun.
Biar seimbang.
Jgn terlalu pentingkan salah satu.
Macamla rambutan,kulit merah,lawa.
Tapi bukan bleh makan pun,bagi kt mikroorganisme blehla.
Isi jugak yg manis,sedap.
Tp biji bleh tumbuhkan lg banyak buah yg sedap!

Servis

Komputer pun dh kena servis sendiri.
Kalau dulu,suruh abg ja tp bersedia utk kena soundla.
Nak hantaq kedai lgla x boleh!
Benda senang tp kena bayaq 20-30.haha.
Ak xtau pun harga servis pc berapa sebenanya.
Jgnla buat hal sgt komputer,ak pun x larat nk cek hg selalu...

Pendam


X semestinya yg terpendam tu selalunya buruk.
Mungkin dia pendam sbb belum sampai masanya utk dluahkan.
Setiap org ada cara sendiri luahkan masalah.
Tapi apa2 pun,yg berkarat jgn biar lama2.
Seorang doktor pendam keadaan pesakit yg sebenar 
supaya mak ayah pesakit x gelabah.
Seorang ayah pendam rasa sakit tulang 
supaya anak2 bleh belajaq jauh2,tinggi2.
Seorang mak pendam rasa lapar supaya anak2 dpt makan lg banyak.
Inilah namanya sabar.
Sabda Rasulullah,
"jgn marah,sabar.Dan bagimu syurga."

Saturday, April 9, 2011

Selfish


What is selfish actually?
Burning rubbish openly and let other people feel the effect of carbon dioxide is selfish.
Living in a cold,air-conditoned house and cause the greenhouse effect is selfish.
Showing your own beautiful face and body and let the others carry the sins u brought is selfish.
Watching blue films and feel 'berahi' when seeing a girl wearing baju kurung is selfish.
Studying in a tiny room all the time on your own while your friends are going astray is selfish.
Making noises  although your friends need to study a lot is selfish.
Whatever.
For me,not concluding ur essay is selfish.haha!

As Rasulullah said,which riwayat I dun remember.huhu.
"Everyone in Islam is like a brick in a building.When one of the bricks broke,then the whole building is going to go down,too."

Hidup itu Belajar,sentiasa

Kadang2,benda yg kita syg kena tinggalkan.
Contohnya,kalau syg negara,tryla ke luar negara.
Mesti rasa besyukur sbb Malaysia penuh dgn
kampung indah n cahaya matahari.haha.
Kalau belum cukup syg Malaysia,dudukla
dlm ni diam2.hehe.
Study saja dlm Malaysia dan pikir,mana kelemahan
sistem pendidikan kita.
Tadi ak pi ujian MUnSYi,dari USM.
Ujian ni utk tgk kesesuaian kita dgn kos yg dipilih.
Kira okla,sejam saja.
Doakan ak dpat kos engine yer kwn2!













Friday, April 8, 2011

Doktor


Pagi tadi ayah ak suruh cabut duri kat tapak kaki dia.
Ak tgk,duri tu kecik,kulit ayah ak tebal sgt.
Ayah ak cabut kulit kt sekeliling kwasan tu,keluar darah.
Nak ja ak bagitau ayah ak,ak takut darah.hehe.
Tp ak buat selamba x takut.
Belum kluar tp bubuh minyak gamat,nant
mesti dia keluar kan?
Sebenanya,nk crita pasai kakak ak ni.
Dia kan budak medic,kesian dia.haha.
Dia ada cita kt mak ak.Baru2 ni dia kena masuk tgk budak lelaki sunat.
Doktor cucuk bius dekat situ saja,
so budak tu sedarla sepanjang kerja menyunat djalankan.
Budak tu menjerit selama proses sunat tu.haha.
Kakak ak dh rasa nk pengsan thp cipan!
Pastu kwn2 dia suruh dia kluar dulu,ambik angin.
Barulah dia rasa lega.fuh!
Lepaih ni kena tgk org bersalin plak!
X taula camna nanti.
Jgn pitam sepanjang hari sudah!haha.

Buih


Mukhayyam yg ak baru pi awal tahun ni dkenali sbg Ops Buih.
Ops ni ada kaitan dgn hadis Rasulullah yg kata umat Rasulullah
akhir zaman ni lemah,mcm buih w'pun bilangannya ramai.
Ak rasa,ramai ja umat Islam yg agak kuat tegakkan kebenaran.
Contohnya,saudara kita kt Palestin sana.
Ingat senang nk dengaq bedilan pluru hari2?
Dengar mrcun pun dh melatah sakan.
Ingat senang nk tengok darah sendiri mengalir,
abang sendiri terkulai layu kena sembelih?
Adik2 nangeh kelaparan,ketakutan.
Mak ayah apatah lg.
Duduk beberapa km dari rumah pun nk homesick.
Apatah lg dengan mereka d palestin yg kena ingatkan
dri sendiri bahawa mak ayah dh pergi mangadap Allah.
Sebenanya,kita dianggap lemah sebab x bersama,x bersatu.
Kalau saf  solat jemaah pun x rapat, bengkang bengkok,
macam mana nk berganding bahu?
Kalau wanita cantik selalu dpandang penuh nafsu,
macam kita nk jd benteng negara?
Kalau baran sendiri x dapat nk kawal,
macam mana nk jumpa Allah dgn muka tersenyum?

Thursday, April 7, 2011

Domestic Engineering


Ak rasa,mak ak seorang domestik engineer yg terhebat.
Kagum ak,subhan Allah.
Ak rasa domestik engine ni basic yg baik 
utk sorang pmpuan jd engineer yg hebat,insyaAllah.
Tau x apa kerja domestik engine ni?
Memasak,mengemas rumah.
A.k.a,suri rumah.haha.

Peluang Sekali ja Sayang!

Ada pegawai kol tadi.
Bagi tawaran ckg.
Masa tu ak tgh tidoq.
Jawabla dgn malas.
Ak tny,"bleh bg masa sikit x?"
Dia ckp "x bleh,ada ramai org tunggu."
Ak ckp,"oh,ok.sy blum nak lg."
Pastu,skarang rasa nyesal.
Inilah ak.
Ada masalah dlm buat keputusan dgn cepat dan tepat.
Lembap mcm labi2.huhu.
Well,the early birds get the worms.
Huuuaaa!!!

p/s: sebenanya sbb ak pikir nk jual ikan.Ayah ak kan nelayan sejati.hehe.

Wednesday, April 6, 2011

Buat yg di Jerman

Ak tgh buat lawak apa ntah sampai Kd n Diana hepi camtu.haha


Kd dgn aksi awww.


Ini Cip n Hafeez yg mesra;p

Ntah napa ak skang tidoq pkul 10 waktu Jerman.
Beza waktu Jerman dgn waktu Malaysia,7 jam.
Maknanya,ak tidoq skang pkul 3-4 pagila!
Rindu kt kwn batch.
Masa kt Gmi,ak marah mula2 classmates panggil ak
maneh.
Skarang rasa nk tegelak plak.huhu.
Capek penah kata,"anis,baik ko jgn marah kalo kitorang
panggil ko maneh.Nant hg akn teringat kt kitorang jugak kalo kite
dh jauh nant."haha.
Dulu,selalu ak marah2 n jd gelabah kalau Afiz n Usop kacau.
Skang teringat plak muka Afiz yg 'jeng',
hidung Usop yg tinggi gila.haha.
Yool yg poyo.
Jie Ren n Shiv yg cool.
Arep yg kdg2 kamceng dgn ak.haha..
Abdullah Hafiz n Amir yg duduk kt depan.
Kwn2 pmpuan apatah lg.

Kesucian


Apa tu suci sebenanya?
Pure? Bukan.
Pure maksudnya tulen.
Suci ni,ak rasa,sesuatu yg x kotor.
X kiralah sesuatu benda tu dh kotor biasa atau teruk,
Kalau dh dsucikan,maknanya sucilah.
Kita manusia ni,mmg asalnya kain putih.
Tp sekarang dh bercorak-corak.haha.
Mcm2 corak,kadang2 ada corak yg kita x suka.
Kalau x suka,slow2 la cuci.
Nanti rosak pulak kain tu.
Buat takat yg mampu,
insyaAllah,Allah trima.

Kawan Lelaki


Masa kecik2,budak lelaki bg ak,utk dtarik telinga,
ditengking ataupun dsepak.heheh.
Bila dh besaq sikit,ak rasa bleh ja kwn baik2 dgn budak lelaki.
W'pun kuat mengusik,ada jugak depa cuba pujuk kalau ak dh nk nangeh sgt.
Kdg2 rasa suka kwn dgn lelaki.
Kdg2 rasa benci tahap cipan.
Ada jugak yg baik,ajarkan apa yg ak x paham.
Ada yg carikan ak tisu masa tgn ak bedarah tercucuk gunting.haha.
Tapi,dlm masa yg sama, ada yg asyik gelakkan ak.
Ejek nama bapak ak.
So,camna ak nk kawal perasaan?
Bila dh makin matang…hehe..
Ada yg nk jaga ak mcm abg2 ak.
Ada yg anggap ak budak kecik!
Ak dh 20 thn,dh x kecik kan??
Tp,ak tau,someday, ak perlukan sorang lelaki.
Utk betoi2 jg ak dunia akhirat.
Ak harap,lelaki ni hny sorang utk ak yg Allah sediakn.

Tuesday, April 5, 2011

Teguran

Mula2 kena tegur ttg kesilapan,ak akn rasa saket.
Saket sangat ati.
"Ingat dia tu bagus sgt?"
"Dia pun ada jugak kesalahan!"
"Napa nk nampak yg buruk ak saja?!"
Biasanya,mmg macam ni yg selalu ak rasa mula2.
Tp,bila pikir balik...
Yala,kalau org buat camtu kt ak pun,ak x suka.
Betoi jugak,mana boleh ak buat camtu,x patut!
Lama2,bila dh betoi2 sejuk,
rasa berharga sgt teguran tu.
Kalau dia x tegur,ak mesti dh hanyut sekarang.
Ak mesti dh jd sombong thp cipan,ego,x boleh dkalahkan
apa2 atau sapa2.
Ntah2 ngalahkan firaun.Nauzubillah!
Sbb tu,sbg kawan,saudara seislam,tegurla ak bila perlu.

Meine Freundin in GMI 2.

Syahirah Nordin.Seorang yg simple.
Not too hard to understand her.
Seorang pmpuan yg ak respek dgn ketegasan dia dgn lelaki2 yg minat dia.
Dia ni byk peminat.hehe.
Org cun,biasala.
Ak rasa ada chemistry dgn dia sgt kuat.
Dia penjimat,sbb dulu famili dia susah.
Skang Alhamdulillah dh senang.
Samala dgn ak.
Dia jugak selalu tundukkan pndangan.
Tp still gila2 dia ni.Selalu mengusik ak.haha.

Prank party utk Syera! sekali ngan Lea n Kd.

 Rakan kompromi dia dlm ngusik ak,Filzah.
Bukan ngusik ak ja.Org lain pun depa 2 kuat ngusik gak.
Fil ni plak mula2 ak rasa cam xdak perasaan.haha.
Mksud ak Fil ni x beremosi sgtla.
Tapi,sekali tu ak balik GMI lepas blah x gitau sapa2,
dia jerit tgk ak mcm tgk hntu!
Serius terharu sbb dpt rasa dia jerit camtu sbb rndukan ak:)
Intan plak girl yg paling girlish dlm batch kami.hehe.
Dia sgt2 rajin study spt pmpuan sejati.
Dia  sorang yg potpet2 mcm nenek sejati.haha.
Dia byk baju!
Kalau sapa2 nk pinjam baju,pinjamla kt Intan.
Byk pilihan.hehe.
Lagi sorang,Farah a.k.a Cik Yah.
Cik Yah ni cheerful orgnyer.
Sweet,dia rapat dgn Diana.
Dgn ak pun kamcengla.
Ak suka sembang ngan dia.
Kdg2 rasa xmau behenti kalau ckp heart to heart dgn dia.
Ak penah gitau dia,syg dia kerana Allah.
Cik Yah ni pi gitau usrahmate sbb dia terharu.
Tersipu2 ak ni.hihi.

Ini cik Yah.

One more cute girl to introduce,Sarah.
Org Wak Dol,café kt GMI tuh, selalu keliru ak dgn Sarah.
Depa ckp kami mcm kmbar.haha.
Ak dgn Sarah dh lalui susah sama2.
Masa result AS kluar,ak dpt 1o,Sarah dpt 11.
Kiranya result kami ni  takat uratla.
Risiko utk x fly sgt tinggi.
But anyhow,both of us decided to not to quit.
Fight till de end.
Nk lalui detik2 A2 dgn result AS camni sugguh perit wa ckp lu.
Byk sugguh dugaan.
Mana x susah,paper A2 dh cukup tough,tmbah lg beban dgn repeat papers.
Mmgla kami 2 org repeat Math,yg plg senang, tp paham2 jala.
Senang A Level umpama tough SPM thap cipan.huhu.
W'pun last2 kami 2 org x dpt fly,ak tetap x rasa rugi lalui kesusahan ni.
Sbb Allah bagi ak sorang kwn mcm Sarah dh cukup beharga!

Ak dgn Intan